Alaf 15 - Berfikir di luar kotak!

Bagi sebarang maklumat lanjut atau penghantaran manuskrip kepada Alaf 15, harap dapat hubungi haryani@alaf21.com.my.

Tuesday, April 13, 2010

Kreatif tak semestinya bakat semula jadi.

Salam semua!

Ramai yang bertanya pada kami macam mana kalau ada minat menulis, tapi tak kreatif? Pada kami, kreatif tu boleh digarap. Tak semestinya lahir daripada bakat semulajadi. Untuk menjana idea kreatif ni, kita boleh lihat apa yang berlaku di sekeliling kita. Ada orang dapat idea daripada pengalaman orang lain, pengalaman sendiri, berita-berita dalam surat khabar, majalah, sesuatu yang berlaku depan mata, semua tu boleh dijadikan bahan cerita. Lepas tu, tokok tambah jadikan cerita tu lebih dramatik, tapi jangan sampai tak logik pula.

Mungkin anda semua ada cadangan bagaimana nak menjana idea kreatif, bolehlah beritahu kami di sini!

Monday, April 5, 2010

Pengembaraan Afiq- Buku pertama Alaf 15

Tuesday, March 30, 2010

Hasil lumayan dengan menulis!

Salam,

Huhuuu! Lamanya tak menulis disini...Maklumlah, Pesta Buku Antarabangsa baru sahaja berakhir. Jadi masa untuk menulis disini amatlah terhad.

Oh ya, kami masih sentiasa menanti manuskrip dari anda semua ya! Banyak juga yang kami terima, tetapi maaf, ada yang terpaksa ditolak kerana belum sampai standard penerbitan Alaf 15. Bukan cerewet ya, tetapi kami memerlukan cerita yang bahasanya dijaga dengan baik dan jalan ceritanya juga perlu menarik. Sekiranya jalan ceritanya lain dari yang lain, kemungkinan untuk diterima sudah tentu lebih besar.

Percayalah, manuskrip yang baik dan diterbitkan dibawah label Alaf 15 bakal menikmati hasil yang lumayan. Ini kerana, Alaf 15 mencetak melebihi 5000 naskhah, dengan bayaran royalti 4 kali setahun (buat masa ini).Promosi yang meluas melalui majalah-majalah dan media cetak Karangkraf, juga dilakukan bagi membantu jualan. Jadi, itulah sebabnya kami hanya memilih yang terbaik.

Jangan putus asa. Anda mungkin salah seorang darinya. Hendak berjaya bukan mudah. Hendak jadi yang terbaik juga tidak mudah. Tetapi dengan usaha, rujukan daripada buku-buku lain bagi memperbaiki kualiti bahasa dan jalan cerita, anda mungkin salah seorang daripadanya.

Lihat sahaja kejayaan Alaf 21 yang berjaya mengangkat nama-nama besar seperti Sharifah Abu Salem, Ramlee Awang Murshid, Aisya Sofea dan ramai lagi. Tidakkah anda mahu menjadi mereka yang menikmati hasil royalti yang lumayan?

Kalau mahu, buatlah yang terbaik. Jangan hasilkan manuskrip dengan sambil lewa. Tidak jaga bahasa contohnya penggunaan kata 'jer', 'ker', 'semue', 'saye'. Perkataan sebegini tidak dibenarkan sama sekali digunakan. Harap anda ambil berat soal ini.

Anda pasti boleh melakukannya. Asalkan anda TIDAK PUTUS ASA. Kami menanti manuskrip yang terbaik dari anda!

Wednesday, March 17, 2010

Respon pencarian model.

Wah! Kai telah menerima banyak gambar-gambar susulan daripada pengumuman pencarian model tempoh hari. Terima kasih banyak-banyak ya. Emel anda akan direspon, jangan khuatir. Tapi harap dapat sertakan biodata dan nombor telefon bagi memudahkan kami menghubungi anda yang terpilih. Apapun, terima kasih kerana menghantar gambar-gambar anda kepada kami!

Monday, March 8, 2010

Kami mencari model untuk cover novel

Salam,

Kami mencari model bagi cover novel remaja. Sesiapa yang berminat, bolehlah emelkan gambar anda ke alamat emel- haryani@alaf21.com.my. Gambar mestilah jelas. Model perlu berumur dari lingkungan 13 hingga 25 tahun. Lelaki atau perempuan. Inilah caranya mahu cari duit lebih...mana tahu anda dipanggil menjadi model majalah ataupun pelakon pula lepas ni, tak mahu ke?

Thursday, March 4, 2010

Tip Memerah Idea Daripada Alaf 15

Huhuuu...

Ramai bertanya bagaimana nak perah idea untuk menghasilkan karya-karya yang segar, kreatif dan berkualiti.

Oh, pada pendapat kami 'Untuk menjadi penulis yang baik, perlulah menjadi pembaca yang baik'. Perlu banyak kajian. Menjadi penulis bukan mudah dan bukan senang-senang karya anda akan dipilih. Ada ramai penulis-penulis baru bengang bila karya mereka ditolak. Bukan kami sengaja tolak, tapi kalau karya itu hanya biasa-biasa dengan bahasa yang lintang pukang, gunakan bahasa pasar, bahasa cakap-cakap pada naratif, macam mana kami nak terima. Kadang-kadang ideanya brilliant, tetapi bahasanya...aduhai...Cuba baca karya-karya hebat dipasaran, kebanyakan gaya bahasanya pasti teratur. Semua orang mampu menulis, tetapi tidak semua orang mampu menjadi penulis yang baik. Tetapi boleh belajar, bakat yang ada masih boleh digarap dengan banyakkan membaca.

Carilah tempat-tempat yang tenang, tetapi tidak perlulah ke tepi laut semata-mata mahu mencari ilham. Cukup dengan persekitaran yang tidak begitu bising atau tidak begitu serabut. Mungkin bilik anda boleh menjadi tempat yang paling selesa untuk anda, tetapi pastikan mejanya kemas. Biarkan alunan muzik-muzik lembut. Selesakan diri dengan tempat anda menulis, tidak kira dimanapun. Biasanya tempat-tempat tanpa gangguan mampu membantu menjana idea.

Berimaginasilah. Selalunya cerita fiksyen datang daripada imaginasi. Tetapi ada juga yang datang daripada pengalaman. Cerita daripada pengalaman sebenarnya lebih mudah ditulis, faktanya lebih tepat dan logik. Imaginasi akan membuat cerita itu lebih kreatif, dan imaginasi amat penting dalam penghasilan cerita-cerita fantasi, tetapi perlu dijaga juga tahap imaginasi anda, kerana imaginasi yang keterlaluan akan membuatkan cerita menjadi tidak logik.

Ok, kita jumpa lagi dengan tip-tip yang lain, chowwzzz!!!

Wednesday, March 3, 2010

Tidak ada had umur.

Salam,

Nampaknya Alaf 15 sudah mula mendapat perhatian. Hampir setiap hari kami menerima manuskrip dan juga emel pertanyaan daripada mereka-mereka yang mahu menjadi penulis. Terima kasih daun keladi kami ucapkan. Jadi, kami minta maaf sangat-sangat kepada anda yang lewat menerima respon berkenaan status manuskrip daripada kami. Bukan sengaja tidak mahu beri respon, tetapi kami belum sempat bacapun lagi manuskrip anda tu. Dengan rasa rendah diri, kami memohon maaf dan kami pasti akan memberi maklumbalas apabila manuskrip itu selesai dinilai.

OK. Disini kami mahu membuat pemberitahuan yang tidak ada had umur bagi penghantaran manuskrip. Siapa sahaja boleh menghantarnya, tidak kira anda adalah pelajar sekolah mahupun sudah bersara. Asalkan cerita anda itu menepati citarasa kami, dan mempunyai kualiti jalan cerita serta bahasa yang baik, kami pasti akan menerbitkannya.

Di harap pemberitahuan ini dapat menjawab beberapa solan yang kami sering terima. Jadi, selamat menulis!