Alaf 15 - Berfikir di luar kotak!

Bagi sebarang maklumat lanjut atau penghantaran manuskrip kepada Alaf 15, harap dapat hubungi haryani@alaf21.com.my.

Monday, January 25, 2010

Bahasa Gaya Alaf 15

Wah! kali ini kita bercakap tentang bahasa yang Alaf 15 mahukan. Bagi kitorang, gaya bahasa ini penting dalam menarik pembaca membeli dan terus membaca karya kita.Ada penulis yang sukakan gaya bahasa santai, ada juga yang sukakan gaya bahasa sastera. Oleh kerana sasaran pembaca Alaf 15 berumur dibawah 25 tahun, kitorang lebih memberikan tumpuan kepada karya-karya pop untuk diterbitkan.

Tip bahasa Alaf 15:

Tulislah sesuatu yang santai dan mudah difahami. Tidak perlu terlalu berbunga-bunga contohnya, bagi menggambarkan suasana hujan:

"Air yang menderu turun dari langit bagai membelai bumi yang dahagakan kebasahan..."
Ayat diatas adalah contoh sahaja dan kami tidak mahu penulisan yang sebegini, editor pun boleh pening kepala menilainya.

Apabila mahu menyampaikan tentang hujan, tulis sahaja "Hujan turun semakin lebat..." mudah kan begitu, mengapa perlu pening kepala menulis ayat yang berbelit-belit.

Pada naratif.
Gunakan bahasa melayu standard, tidak boleh menggunakan bahasa lain melainkan jika tidak terdapat perkataan dalam Bahasa Melayu. Jangan gunakan bahasa pasar seperti je, tak, nak untuk naratif. Naratif perlu seimbang, ada ayat panjang dan ada ayat pendek. Naratif yang pendek-pendek untuk keseluruhan manuskrip akan membuatkan manuskrip korang kelihatan seperti skrip.

Pada dialog.
Boleh gunakan bahasa cakap-cakap. Tetapi elakkan penggunaan bahasa rojak iaitu campuran Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu, contoh "saya nak stay sekejap," Sekiranya mahu menulis dialog Bahasa Inggeris, tulis dengan ayat penuh. Elakkan juga penggunaan bahasa pasar yang keterlaluan, seperti trend-trend bahasa terkini.Elakkan juga penggunaan singkatan bahasa seperti bahasa sms.

Bahasa lain seperi bahasa Cina, Tamil Arab atau sebagainya boleh digunakan sama ada dalam bentuk perkataan, frasa mahupun ayat dengan syarat ia diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu dan ditulis dalam kurungan selepas perkataan, frasa atau ayat tersebut.

Loghat atau slanga boleh digunakan pada tempat-tempat tertentu di dalam dialog. Seboleh-bolehnya ia hendaklah diminimakan untuk kelancaran dan kefahaman bacaan.

Perkataan yang disingkatkan boleh dipakai seadanya mengikut gaya sebutan. Misalnya, hendak kepada nak; sudah kepada dah dan lain-lain seperti yang lazimnya.

Puisi.
Puisi dalam bentuk sajak, pantun, seloka, senikata lagu boleh dimasukkan.

ok, itu sahaja informasi untuk hari ini. Esok, nantikan informasi yang lain!

Bye!

19 Comments:

At January 29, 2010 at 7:03 AM , Blogger Iznie said...

thanks for the info... :)

 
At February 1, 2010 at 12:55 AM , Anonymous Anonymous said...

Selain novel..boleh ker saya hantar cerpen buat sementara ke karangkraf dan bagaimana ingin tahu email mereka.

 
At February 1, 2010 at 9:12 PM , Blogger Nukilan Rasa Juriah Ishak said...

saya telah menyiapkan sebuah manuskrip..bagaimana caranya saya mengirimkan? perlukah dicetak atau di kirim melalui email sahaja?

 
At February 2, 2010 at 12:56 AM , Blogger Amira Atiya said...

http://amirazoe155.blogspot.com/search/label/KARYA

minta ihsan pihak anda menilai karya saya..sama ada layak atau tidakk..
karya banyak di tulis tetapi x berhantar..takut..tak yakin..

 
At February 4, 2010 at 8:08 PM , Blogger Haryani Kamilan said...

Iznie: Sama-sama!

Anonymous: saudari perlu dapatkan emel dalam majalah karangkraf lah kalau begitu...

Dewi: Boleh hantarkan kepada emel: haryani@alaf21.com.my

Myra_Zoe: Jangan biarkan rasa tidak yakin menguasai diri anda. Orang yang mahu berjaya perlu yakin pada dirinya. Anda pasti boleh. Nanti kami tengok-tengok blog tu ya!

 
At February 6, 2010 at 8:32 PM , Anonymous Anonymous said...

hurm..sye gmar buat bahasa santai..contohnye..
saye..
geramnye..
macam tu la sye gemar buat..

 
At February 7, 2010 at 3:10 AM , Anonymous wardatul addin17_addin@ said...

saya dlm proses menyiapkan sebuah novel remaja yg berkisarkan zaman persekolahan. masalah saya sekarang saya lebih suka menggunakan bahasa yang digunakan oleh remaja sekarang.Ini kerana saya ingin berada dekat dengan pembaca..

 
At February 27, 2010 at 5:56 AM , Anonymous Anonymous said...

assalamualaikum..
saya nurul izzati
saya berminat dalam penulisan yg berkisarkan remaja..
saya berumur 15 dan stay di ampang, lembah jaya utara..
saya ada banyak buat novel ni tapi ketandusan idea bila di tengah-tengah cerita..
boleh ke saya dapatkan tips utk memerah otak dengan lebih lagi..
terima kasih jika layan komen saya ini..

assalamualaikum dan terima kasih lagi sekali saya ucapkan..

yg ikhlas;
iZZAti

 
At March 4, 2010 at 3:13 AM , Anonymous beela said...

hye..sye ske mnulis nieh tp sye gmar cmpurkan bahasa sbb nampak macam santai dan sye slalu gne camtu..urmm..sye ade postkan cte yg sye buat kat blog sye..bagi komen ye..sbb sye masih takde sgt keyakinan dri lagi..umur sye 15 tahun..

 
At March 5, 2010 at 12:30 PM , Blogger HafizAdam said...

kepada penulis yang gemar menggunakan bahasa rojak dengan alasan dekat dengan pembaca, saya sarankan belajar berubah dari sekarang.

ejaan, ayat dan gaya bahasa yang betul, boleh menjadikan karya anda kekal 40 tahun akan datang berbanding tumpuan hanya pada golongan remaja sekarang. tidak perlu pada ayat yang berbelit, cukup dengan gaya bahasa SPM atau PMR.

 
At March 14, 2010 at 11:04 PM , Blogger Haryani Kamilan said...

Betul tu...sebab tu Alaf 15 masih lagi menjaga kualiti bahasa. Penggunaan bahasa santai boleh, tetapi perlu gunakan ejaan yang betul contoh 'saya' bukan 'saye'.

 
At April 6, 2010 at 6:42 PM , Anonymous Anonymous said...

Saya mempunyai seorang anak perempuan berusia 14 tahun yang gemar menulis skrip. Setakat ini cerita-cerita olahannya sesuai dengan remaja. Saya bercadang membuat koleksi skripnya dan menghantarnya ke Alaf 15.

 
At April 13, 2010 at 2:46 AM , Blogger Haryani Kamilan said...

Anonymous: hantar saja dan kami akan menilainya.

 
At April 18, 2010 at 10:47 PM , Blogger June said...

karya apa yang dicari oleh pihak alaf 21

 
At April 29, 2010 at 8:13 AM , Blogger Khairul Aswad said...

salam.. saya memang bercita-cita untuk menghasilkan karya saya sendiri. tapi saya tidak tahu bagaimana untuk membuat manuskrip. adakah saya perlu mengarang seperti mana yang dikarang dalam novel-novel? setiap bab? boleh tak alaf15 memberi saya contoh@format untuk membuat manuskrip..? terima kasih

 
At May 2, 2010 at 11:23 PM , Anonymous Anonymous said...

Salam..jd kalau guna "nie: x bleh?

 
At May 6, 2010 at 5:35 AM , Blogger Iz Zulkarnain said...

Kak Haryani,saya bercadang nak hantar karya hujung bulan 6 ni.

Temanya fiksyen pengembaraan+sejarah.Kat alaf 15 takde xpired date kan?

 
At May 13, 2010 at 1:14 AM , Anonymous Anonymous said...

Boleh tak hantar cerita yang berkaitan dengan aksi ataupun benda luar biasa.. yang aneh.. atau pelik.

 
At March 15, 2011 at 8:17 PM , Blogger EasyShirt Inc. said...

adakah royalti akan dterima oleh penulis sekiranya manuskrip diterima??

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home