Alaf 15 - Berfikir di luar kotak!

Bagi sebarang maklumat lanjut atau penghantaran manuskrip kepada Alaf 15, harap dapat hubungi haryani@alaf21.com.my.

Sunday, January 24, 2010

Bagaimana mahu menghantar karya?

Hai semua! Selamat hari Isnin! Hari Isnin ni kadang-kadang boleh jadi hari yang sangat ceria bagi mereka yang tak sabar-sabar mahu bekerja atau ke sekolah. Tapi boleh jadi hari yang muram bagi mereka yang malas-malas. Maklumlah, setelah dua hari bercuti, macam tak puas gitu kan...

Eh, tapi entri kali ini bukan nak bercerita tentang hari isnin, kitorang nak beritahu korang bagaimana caranya untuk menghantar karya korang kepada kitorang.

Oh, jangan risau. Caranya mudah saja.

Pastikan korang sudah siapkan sebuah manuskrip penuh.Tema dan genre Alaf 15 boleh rujuk entri sebelum ini. Karya mestilah asli dan hasil nukilan korang sendiri. JANGAN CIPLAK YA!
Manuskrip itu perlulah:
- ditulis dalam bentuk A4.
- double spacing.
- times new roman, font 12.
- minimum 150 muka surat, maksimum 350 muka surat.

Penghantaran karya penuh adalah bagi memastikan kesungguhan penulis dalam memberi komitmen menyiapkan manuskrip. Kitorang tak mahu penulis yang hanya berangan-angan kosong. Berjanji mahu berkarya, tetapi karya tidak juga dihantar. Ha...bila dah beri kitorang manuskrip penuh, mudahlah kitorang nak menilai atau menunjukkan bahagian mana yang perlu diperbetulkan.

Manuskrip yang sudah siap boleh dihantar menerusi dua cara iaitu:

1) Emelkan kepada haryani@alaf21.com.my
2) Poskan ke alamat: Alaf Dua Puluh Satu Sdn. Bhd.
Lot 12, Persiaran Kemajuan 16/16,
40200, Shah Alam, Selangor.

Tel: 03-55118820/03-55118821

Beri kitorang masa 2 minggu untuk proses penilaian. Itupun paling lewat. Manuskrip yang baik pasti akan diberi peluang, tetapi sekiranya manuskrip korang ditolak, jangan putus asa! Cuba lagi, sekurang-kurangnya korang berani memulakan langkah pertama.

Ok, itu saja dari Alaf 15. Sebarang pertanyaan boleh terus ajukan kepada Cik Haryani Kamilan kerana beliaulah yang menguruskan manuskrip Alaf 15 buat masa ini.

Terima kasih!

99 Comments:

At January 24, 2010 at 7:29 PM , Blogger alia harun said...

wah...bestnyer...xsbr nk mengarang n sent kat korg..wish me luck!! =)

 
At January 24, 2010 at 11:24 PM , Blogger Fazl said...

bahasa macam mana?

BM tinggi, santai or rojak?

 
At January 25, 2010 at 7:41 AM , Anonymous Anonymous said...

Kalau nak anta karya,ada tak senarai maklumat diri yang pelu disertakan?

 
At January 25, 2010 at 4:46 PM , Blogger Haryani Kamilan said...

-Imlia- kami tunggu.

- emi mli- untuk naratif- bahasa melayu standard dan tidak boleh dirojakkan.
untuk dialog: boleh ikut bahasa yang biasa kita guna. bahasa cakap-cakap. jangan guna bahasa pasar yang keterlaluan. buku-buku ini sasaran pembacanya adalah pelajar sekolah.

Anonymous: ya, saya perlukan maklumat diri.

 
At January 27, 2010 at 12:21 AM , Blogger Aini Murni said...

InsyaALLAH, saya mula menulis untuk Alaf15

 
At January 30, 2010 at 7:37 AM , Anonymous ika said...

Salam, Tahniah alaf15..
saya ingin bertanya...
apakah alamat email untuk menghantar cerpen ke karangkraf...sbb saya bminat buat cerpen buat masa nie...novel memang dah buat tetapi belum siap...kebetulan jalan cerita saya buat sesuai untuk alaf15 namun mungkin ada terpesong sedikit...bolehkan pula ala21 membuat penilaian jika ditolak..terima kasih

 
At February 4, 2010 at 8:13 PM , Blogger Haryani Kamilan said...

Aini Murni: Ya! cepat-cepat hantarkan karya anda pada kami!

Ika: Kalau mahu menulis cerpen dalam majalah, boleh dapatkan emel menerusi majalah yang anda mahu hantar ok!

 
At February 6, 2010 at 10:32 PM , Blogger Unknown said...

bila-bila saja ka boleh hantar??

 
At February 12, 2010 at 11:03 PM , Blogger Web Sutera said...

"kitorang"? Mana saudara editor belajar?

 
At February 15, 2010 at 7:25 PM , Blogger Writter world!! said...

assalamualaikum,

Saya ni budak sekolah menengah. Saya hendak menghantar karya, tapi tidak yakin untuk menghantarnya. Tajuk ceritanya adalah Melodi Cinta / Melody Love. ia menceritakan kisah cinta bersama alunan2 muzik..klasik.. dalam sekumpulan pelajar sekolah menengah ,saya tidak pasti adakah cerita ini sesuai untuk remaja untuk membacanya. InsyaAllah saya akan terbitkan di dalam blogger...duatu hari nanti supaya editor boleh analisis..dengan cerita..ini.

Harap dapat respond dengan baik dari pembaca comment ini.

 
At February 16, 2010 at 6:47 PM , Blogger Haryani Kamilan said...

Sayunya,

Ya, bila-bila masa boleh hantar.

Web Sutera,

Bahasa sebegitu cuma mahu mendekatkan label ini dengan pembaca muda. Maaf sekiranya menjengkelkan.

Sarah Sakinah,

Jangan malu, jangan segan. Hantarkan sahaja karya saudari itu kepada saya. Saya pasti akan menilainya.

 
At February 17, 2010 at 5:12 PM , Blogger SALLEH DERMAWAN said...

Salam. Saya baru sahaja hantar menerusi e mel kepada tuan, semoga mendapat perhatian. Terima kasih.

 
At February 20, 2010 at 7:46 AM , Blogger zeane said...

hello, saya nak tanya sikit ni. Saya budak cina tapi sangat suka baca novel BM. Kalau saya pun nak turut serta untuk tulis novel boleh ke?

 
At February 21, 2010 at 9:39 AM , Anonymous Anonymous said...

zeane, mesti boleh punyelah!

 
At February 22, 2010 at 12:40 AM , Blogger SALLEH DERMAWAN said...

Saya teruja nak baca novel budak Cina. Zeane, tulislah.

 
At March 1, 2010 at 7:10 AM , Blogger zeane said...

baiklah.... i cuba dulu... dalam proses.... kalau saya ada apa-apa hal boleh i e-mail dan tanya ke??

 
At March 1, 2010 at 6:08 PM , Blogger SALLEH DERMAWAN said...

zeane...saya menunggu e-mail dan sebarang pertanyaan

 
At March 2, 2010 at 2:05 AM , Anonymous Anonymous said...

saya pun nak menulis jgak...tggu ye...

 
At March 7, 2010 at 6:43 PM , Anonymous Aishah said...

salam...Sy berminat utk mnghantar novel sy. Tp msalahnya skang, ia 523 muka surat. sy telah print mngikut format yang dberi..mcmana? boleh sy hantar?

 
At March 8, 2010 at 7:16 PM , Blogger Balqish said...

saya dalam perjalanan.

 
At March 10, 2010 at 5:04 AM , Anonymous Hani said...

Salam,

Saya tinggal di Shah Alam. Saya nak hantar by-hand. Boleh tak?

 
At March 13, 2010 at 4:15 AM , Anonymous Anonymous said...

Lama betul nak respons sesuatu jawapan, mana g admin ni...macam tak mesra pelanggan je..

 
At March 14, 2010 at 11:14 PM , Blogger Haryani Kamilan said...

anonymous: berat tuduhan tu...

manuskrip boleh dihantar terus ke Alaf 15- boleh berjumpa dengan Puan Haryani bagi sebarang urusan dengan Alaf 15.

 
At March 14, 2010 at 11:48 PM , Blogger Haryani Kamilan said...

Boleh hantar terus ke pejabat Alaf 21. Berjumpa dengan Puan Haryani, beliau akan uruskan.

Anonymous-berat tuduhan tu.

 
At March 18, 2010 at 5:10 AM , Anonymous Cik Mastura said...

hello, sy mastura. klu nak htr maklumat diri perlu beri no telefon & alamat beserta gmbar ke?

 
At March 20, 2010 at 6:28 AM , Anonymous arfasalwa said...

sy arfa, saya ada menulis kisah bersiri sebiji macam siri LOST. boleh ke diterima bawah alaf 15. thx

 
At March 21, 2010 at 8:41 AM , Anonymous Anonymous said...

bukan menuduh admin. buktinya dari 14 mac sampai 22 mac admin belum beri sebarang respons, tak ke lama tu...kesian bakat2 muda yang mula menulis ni ha...teguran membina.tahniah wujudkan ruang ini.

 
At March 24, 2010 at 6:51 PM , Anonymous Anonymous said...

salam...
kos penerbitan sepenuhnya di tanggung oleh alaf 21?
adakah karya yg terpilih akan diterbitkan dalam bentuk buku @ macam mana?

 
At March 24, 2010 at 6:56 PM , Anonymous amirull said...

cubaan..

 
At March 27, 2010 at 8:49 AM , Anonymous Anonymous said...

Maaf, saya ingin bertanya, jika novel yang di hantar di dapati lebih sesuai untuk alaf 21, adakah pihak tuan/puan akan menerbitkannya di bawah alaf 21 atau pun meminta penulis menghantar semula karya ke alaf 21?

 
At March 29, 2010 at 5:23 AM , Anonymous Anonymous said...

dah Mac 27, 2010, admin tak respons daripada 14hb?

 
At March 30, 2010 at 7:43 PM , Blogger Haryani Kamilan said...

Salam,

Cik Mastura:
maklumat diri tidak perlukan gambar ya, cukup sekadar no. tel dan emel untuk memudahkan kami menghubungi anda.

Arfasalwa: hantar sahaja ya...

Anonymous: Kos penerbitan ditanggung sepenuhnya oleh alaf 21.

Sekiranya novel lebih sesuai untuk alaf 21, pihak Alaf 15 akan serahkan kepada editor yang bertanggungjawab.

 
At March 31, 2010 at 6:13 AM , Blogger Unknown said...

nak tanya, saya ada satu novel remaja yang sudah tamat namun semuanya sudah saya letakkan di blog saya. mungkin sudah tidak sesuai untuk diterbitkan tetapi saya berharap Alaf15 memberi respon kepada karya saya. cukup hanya dengan memberi komen atau pendapat.

www.coloursmelodyandharmonynovella.blogspot.com

Lovin' You ( complete )

 
At April 5, 2010 at 2:44 AM , Anonymous Anonymous said...

salam..
saya nak tanya satu soalan.
boleh ke kalau muka surat lebih daripada 350 muka surat?
terima kasih..

 
At April 5, 2010 at 6:11 AM , Blogger tintahatiku said...

ruang untuk puisi xde ke? huhuhu

 
At April 7, 2010 at 8:09 PM , Anonymous Anonymous said...

kalau nak hantar email kena dlm format word atau pdf...tq

 
At April 7, 2010 at 10:36 PM , Anonymous Anonymous said...

apa yag akan saya perolehi jika karya saya terpilih?

 
At April 13, 2010 at 2:50 AM , Blogger Haryani Kamilan said...

Hana Kimi: Kami akan melawat blog anda.

aiensyafinas: Err...350 adalah paling maksimum.

Tintahatiku: Boleh hantar proposal kalau ada idea untuk genre baru. Kami akan pertimbangkan.

Anonymous: Dua-dua pun boleh.

Anonymous: Populariti dan royalti.

 
At April 21, 2010 at 7:21 AM , Anonymous Anonymous said...

dah hantar lebih 2 minggu....sonyap aje tak ada respon langsung tentang manuskrip aku...

 
At April 28, 2010 at 6:26 AM , Anonymous Anonymous said...

dorang bz kot..sabar ea..

 
At May 1, 2010 at 12:50 AM , Anonymous moon said...

Salam..Excited juga saya baca pluang ni!..tunggu karya saya erk..insyaallah..

 
At May 1, 2010 at 3:38 AM , Anonymous Anonymous said...

saya faham mengenai format tulisan menggunakan ukuran A4 tetapi saya tak faham tentang double spacing.macam mana tu?boleh tunjukkan contoh atau penjelasan agar saya dapat memahaminya dan dapat menghasilkan karya yang menepati format yang di kehendaki.Terima kasih

 
At May 7, 2010 at 7:09 AM , Anonymous Anonymous said...

tiada had umur untuk mnghantar karya kan??jika karya itu diterima kemana karya tersebut akan di siarkan??sy berminat sangat untuk menghantar karya-karya saya..

 
At May 14, 2010 at 5:36 AM , Anonymous asyiqah said...

tapi..kalau tak cukup 150 muka surat boleh tak???

 
At May 14, 2010 at 9:36 AM , Anonymous Anonymous said...

mengapa admin lembab sangat menjawab, adakah terlalu sibuk sehingga membiarkan kami tertunggu-tungu jawapan, jangan lah begitu admin, anda menghampakan kami...

 
At May 15, 2010 at 3:21 AM , Anonymous karina said...

ditulis dalam bentuk A4 dan double spacing tu apa? Saya kurang fahamlah. Boleh tolong jelaskan tak dengan lebih mendalam?

 
At May 16, 2010 at 6:28 PM , Anonymous steffa said...

adakah editor akan mengubah ending cerita jika editor tidak berkenan atau 100% karya penulis akan diterima? saya tak kisah jika ada ayat-ayat yang editor minta saya ubah kerana saya sedar saya baru belajar tapi jika boleh biarlah jalan cerita itu asli dari karya saya...saya tengah serius menyiapkan novel sekarang...

 
At May 16, 2010 at 6:51 PM , Anonymous steffa said...

lagi satu,bukan tak pecaya sebab alaf21 dah lahirkan ramai novelis yang berbakat dan terkenal tetapi saya rasa nak tanya jugak ni..untuk memuaskan hati dan harap ada jawapan la,ye? macam mana nak pastikan karya yang dihantar itu terjamin hak ciptanya? kalau tiba-tiba diterbitkan atas nama orang lain macam mana? pernah berlaku ke? harap tak tersinggung dengan pertanyaan ni..

 
At May 19, 2010 at 10:11 PM , Blogger Chie_DelutiOnZ said...

Format A4 tu format potrait scale dlm microsoft word,double spacing tu plak..jarak antara 1 baris dgn baris yg lain.kiranya ikut format surat.sori kalau info tu x bpa btul.juz nk bantu :-)

 
At May 21, 2010 at 8:00 PM , Anonymous steffa said...

lmbt gak alaf 15 bagi respon pada soalan kat sni..ada sape2 ble tolong leraikan persoalan saya tu? plz plz plz...tq.. pada sesiapa yg sudi menerangkan pd saya....TQ...mungkin korang ada xperience yg ble membantu ker... atau kawan2 korang ker...TQ..

 
At May 24, 2010 at 1:06 AM , Anonymous Anonymous said...

berminat juga mengetahui jawapan untk steffa

lagi soalan..
1-maaf jika saya miss terbaca, genre yg macamana alaf 21 fokuskan ye?
2- jika karya kita di'rejek' atau diterima, dalam tempoh berapa lama ya kita dapat tau?
tq-aima-

 
At May 30, 2010 at 6:27 AM , Anonymous Anonymous said...

april 13 sehingga 31 Mei, lamanya admin nak respons,tak baik gitu admin...kami tertunggu2 respons awak.atau blog ini dah dilupakan begitu sahaja,sayang sekali ...penggemarnya ramai...tetapi adminnya entah ke mana

 
At July 12, 2010 at 8:54 PM , Anonymous Nurul Syamin said...

Anonymous:mungkin admin terlalu sibuk menilai karya-karya 'korang'.mungkin karya itu terlalu banyak.mungkin hanya perlu bersabar.
Saya baru di sini,mintak tunjuk ajar :3

 
At September 25, 2010 at 9:00 PM , Anonymous Anonymous said...

bentuk penceritaan novel yg bagaimana akan diterima oleh penerbit?

 
At December 18, 2010 at 7:09 AM , Anonymous Anonymous said...

maaf kak nak tanya kalau budak bawah umur 18 boleh hantar novel ke ?

 
At December 18, 2010 at 10:37 PM , Anonymous Anonymous said...

lalalalalalala

 
At December 21, 2010 at 6:33 AM , Anonymous steffa said...

Saya ada 3 manuskrip ys siap sepenuhnya skrg:- 1. Andai Tersentuh Cintamu
2. Kasih...Tiada Akhirnya
3. Gadisku...Bayu Rumandawi

plz..plz..plz..byk soalan sya yg blm t'jwb...nak hntr karya dh ni...

 
At December 25, 2010 at 12:19 AM , Anonymous Anonymous said...

kawan.. dia punya margin left n right dia baper...

 
At December 27, 2010 at 12:15 PM , Anonymous Anonymous said...

sy pnh menghntr manuskrip di alaf 21...sy cdngkan kepada yg berminat nak hantr manuskrip ke alaf 21, siapkanlah dulu manuskrip tersebut..waktu hntr dlu, sy bg 4rts mksrt manuskrip, font 12, spacing 2...untuk margin left n right sy tak buat pun, sekadar menaip di microsoft word A4 n terus je hantar. Sbb rsnya bila bku kt nak terbit nt baru diorang akan setting guna cara diorg sndiri...lg 1 dinasihatkan bersabarlah krn alaf 21 sngt menjaga kualiti manuskripnya, sebab itu boleh jadi setahun baru diterbitkan karya kita terutamanya org baru. taip sahaja di google 'royalti penulis novel' cari dari PTS, bc nasihat dari Puan Ainon tentang ragam syarkt penerbitan.....:CIK KUNTUM

 
At December 27, 2010 at 12:21 PM , Anonymous Anonymous said...

waktu tulis novel sy xpenah menjangka alaf 21 terima manuskrip saya...bila perlu diedit..banyak juga komen dari editor...sy pun budak baru belajar..apa yang editor tegur tu ikut sahajalah kerana mereka lebih faham kehendak dan ragam pembaca dunia buku hari ini....

 
At December 27, 2010 at 12:27 PM , Anonymous Anonymous said...

untuk karya yang direjek di alaf 21 saya rasa lebih baik dari sykt penerbitan yang prnh sy hubungi. di alaf 21, kalau karya anda direjek mereka akan memulangkan semula (pos) manuskrip tersebut setelah sebulan dinilai oleh para editor. jika karya anda di reject oleh syarikat penerbitan yang lain jawapannya seperti ini. "kalau karya direject pihak kami takkan pulangkan manuskrip tu, kalau nak balik kena datang sendiri dan ambil sendiri kat sykt kami..." kpd penulis baru nsht sy, rajin2lah col penerbit..sebelum sy hantr manukrip dulu pun sy banyak col pelbagai sykt...jadi di situ kita boleh tahu jurangnya...cik kuntum

 
At December 27, 2010 at 12:39 PM , Anonymous Anonymous said...

bagus cik steffa...dah ada 3 manuskrip...tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa dapat menduga...cuba sahajalah d alaf 21...mana tahu karya anda di terima...drp:cik kuntum (sila baca: maaf banyak2 dari hujung rambut sampai hujung kaki kepada pemilik blog ni sebab sy menyibukkan diri menjawab soalan2 mereka di atas...sy jugak pernah spt mereka, terlalu banyak soalan-soalan sehinggalah kini sudah mendapat jawapan dr setiap soalan yg menganggu benak fikiran saya dahulu...hehehehe)

 
At February 2, 2011 at 8:36 AM , Anonymous Fewa I. Sayya said...

Assalam, Alaf 15,
Teruja saya dibuatnya bila karya saya boleh diterbitkan. Saya ingin bertanya... Jumlah muka surat itu adalah jumlah muka surat A4 atau jumlah muka surat novel nnti???

 
At February 5, 2011 at 2:46 AM , Blogger Fifi Phillipps said...

saya banyak karya yang dah saya kumpul sejak umur 16 tahun lagi...tapi semuanya dalam bahasa Inggeris...rasanya boleh ikut tak?

 
At February 23, 2011 at 10:38 AM , Anonymous Anonymous said...

how about poem to send

 
At April 11, 2011 at 10:04 AM , Anonymous Anonymous said...

salam...saya nak tanya,apa beza antara alaf 15 dan alaf 21...satu lagi,kalau karya yang dinilsi diterima,adakah kami akan menerima bayaran atau menerima royalti

 
At April 16, 2011 at 12:15 PM , Anonymous Anonymous said...

hai..sya pn minat mnulis novel..tapi sya x faham mngenai manuskrip...bole bantu saya beri penjelasan mengenai manuskrip x???
trima kasih...

 
At May 27, 2011 at 4:22 AM , Blogger Eieyla said...

salam..genre jenis apa ? cinta ke persahabat atau kasih sayang antara keluarga ? hrp dibalas . tq .

 
At June 2, 2011 at 6:56 AM , Anonymous steffa said...

tq.byk2 cik kuntum..jawapan2 cik kuntum tu sgt bererti utk saya..

 
At July 7, 2011 at 3:51 PM , Anonymous mimi said...

kalau saya hantar karya juz melalui emel boleh x? dah siap 32 bab,tinggal 5 bab lagi..tapi x cukup budget nk print,.sbb saya still student.
and karya tu boleh ke kita hantar kat byk syrikat? utk penilaian?

 
At July 15, 2011 at 1:11 PM , Anonymous steffa said...

mimi...sya pernah terbaca...karya hantar ke satu syarikat dahulu..jika direject, baru hantar ke syarikat yg lain pula..

 
At August 1, 2011 at 12:07 PM , Blogger Dhia kassim said...

salam..
karya novel yang boleh dihantar ada tema tertentu atau apa2 saja?
kalau karya diterima..apa pula proses selepas itu?
berkenaan dengan nukilan lain seperti puisi ke mana pula salurannya untuk dihantar?

 
At September 19, 2011 at 2:04 AM , Anonymous Anonymous said...

salam.. saya sekarang tengah menulis, tapi masih tak faham dgn formet *ditulis dalam bentuk A4 *double spacing
apa beza antara menuskrip dgn penulisan novel? harap dapat beri jawapan,--- ina,jb---

 
At November 6, 2011 at 8:00 AM , Anonymous Anonymous said...

salam nk tnye sket..sy de buat sebuah novel yg agak menarik tetapi bg saya ia mngandungi unsur2 18 yg x patut sy masukkn..namun trpksa krana mengalami gantungn jln cerita..maafla kalau ayat sy di sini agak tunggan langgan coz sy x bpe cekap dlm BM..jd novel karya sy dlm BI..nmun nk thu la..adakh novel karya say ni apabila dihantar..akan ditapis atau ditolak akibat de unsur2 18..??

 
At November 15, 2011 at 6:09 PM , Anonymous Anonymous said...

royalti agak2 brapa peratus?

 
At November 23, 2011 at 9:19 AM , Anonymous Anonymous said...

salam..sy telah menulis bbrapa buah cerpen n puisi,skrg menulis manuskrip novel pula,nt sy akan post manuskrip n mta alaf 21 mpertimbangkn..
-A.Saidin Sahid-

 
At November 27, 2011 at 12:14 AM , Anonymous Anonymous said...

salam wbt :) saya nilam saya baru 16 thun . hati kecil saya minat nak menulis novel . jadi saya cuba promte part 1 2 3 ,.di blog saya ,. teringin juga saya nak buat bku sndiri dan beri modal .untk bntu keluarga saya .skng sy jmpa blog ni . sebelum tuu blh tak melawat blog saya dan beri respon novel sy . kalau encik/tuan/puan ckp ok ... sy lbh semngt nak mnaip pnuhh .sbb sy 16 thn . kdg2 org tak pndg bakat saya hnya krn umur sy .harap sgt ni blog sy
http://happinessnil-d0llieschubbiesnil.blogspot.com/p/n0vel-bingkisanku.html

 
At November 27, 2011 at 6:19 PM , Anonymous Anonymous said...

balas la ..aduhaii ,.. huhuhuhu

 
At December 2, 2011 at 7:14 AM , Anonymous Eyza Afiza said...

saya akan hantar manuskrip novel pada akak ya. nanti saya email. (eyza afiza)

 
At December 10, 2011 at 12:35 PM , Anonymous Anonymous said...

Salam....boleh hantar manuskrip novel dalam bahasa english x? Apa apa pun boleh e-mailkan saya...
eyeblue49@yahoo.co.uk

Thank U...

 
At December 28, 2011 at 5:58 AM , Anonymous Ieyra said...

Salam, bolehkah jika saya ingin menghantar karya puisi-puisi untuk dinilaikan bagi diterbitkan dalam bentuk buku?

 
At January 3, 2012 at 7:06 AM , Blogger Syasya said...

Salam, saya sedang menyiapkan manuskrip yang bertemakan fantasi, pengembaraan, penyiasatan... ala-ala harry potter tetapi berkisarkan sekolah diraja. Adakah tema jenis ini diterima oleh alaf15? saya berhajat untuk menjadikan ia dalam bentuk novel remaja bersiri. Terima kasih =)

 
At March 11, 2012 at 9:29 PM , Blogger 6Humaira6 said...

Alaf 15. apakah hak sy sbgi penulis?sy cume takut yang nanti karya jadi milik penerbit.sy bwh umur,boleh ke hantar karya.Lagi satu kalau tulis novel tu , dialognya campur ngan bahasa lain(sikit-sikit je la) boleh ker..?oh ye..adakah semua jenis genre novel diterima.Tolonglah jawab secepat mungkin...Assalamualaikum.Dan tolong jawab semua soalan sy.

 
At May 17, 2012 at 11:18 PM , Anonymous Nursya said...

Assalamualaikum,

Saya ni pelajar sekolah menengah yg sangat suka menulis.saya dh siapkn satu karya brtajuk 'Crazy Family' pada tahun lps (betul2 sehari lps ambik result pmr...) & sekarang tengah menulis novel lain.sebelum ni saya dh hntr manuskrip ni pada sebuah syarikat tapi ditolak. Boleh ke kalau saya nk mencuba nasib di sini? Crazy Family merupakan karya bertemakn komedi kekeluargaan.ia mengisahkan kehidupan seharian sebuah keluarga - yg agak gila2 mcm saya jugak :) saya dh cuba selitkn pengajaran tersirat dlm setiap bab jad terpulang pada pembaca utk cari pengajaran tu.penggunaan bahasa rojak memng boleh digunakn dlm dialog kn?

Terimq kasih :D

 
At July 27, 2012 at 8:52 AM , Anonymous Muhammad2 said...

berapakah harganya halaman 150 termasuk kulit buku???
bolehkah saya mengahasilkan buku tentang 31 kisah teladan tentang islam??

 
At October 14, 2012 at 1:55 AM , Blogger Aien Syakirah said...

assalamualaikum..?
saya sekarang berada di sekolah menengah..bolehkah saya menghantar karya saya?..maklumlah ramai orang beranggapan yang saya masih mentah untuk masuk dalam bidang ini.tapi ini sudah minat saya dalam bidang penulisan..saya juga ada bacakan karya saya kepada rakan-rakan sekelas saya dan semuanya memberikan jawapan yang positif...
itu yang membuatkan saya bersemangat nak hantar karya saya..
tetapi..terpulang kepada pembacalah untuk menilai karya saya.
terima kasih!

 
At April 29, 2013 at 8:34 PM , Blogger Unknown said...

boleh tak kalau nak hantar novel,
but more to travelog dan analogi.

 
At June 7, 2013 at 11:58 PM , Blogger Unknown said...

Assalamualaikum
Saya masih Sekolah Menegah, saya Dan Kawan2 Saya Minat Menulis,kami Ingat nk buat Karya Dengan Dalam Kumpulan,
Bolehkah?Tajuk Cerita Kami "Plzz,I Nak Budak Skema"
Cerita Tentang Hal2 Masa kini Yang Sibuk Bercouple
Tentang Seorang Perempuan Telah Jatuh Cinta Pada Seorang budak nerd,
Tapi Kami ingin mendapat Kepastian,bolehkah Kami menghantar Karya Kami?sila Balas,terima Kasih,Asslamualaikum

 
At April 28, 2014 at 4:36 AM , Blogger Unknown said...

assalamualaikum . karya ni boleh hantar online kan ?

 
At October 22, 2014 at 7:38 AM , Anonymous Anonymous said...

salam . kalau puisi-puisi boleh tak hantar sekali ?

 
At November 27, 2014 at 12:33 AM , Blogger Unknown said...

This comment has been removed by the author.

 
At February 12, 2015 at 7:41 AM , Anonymous Anonymous said...

salam. nak tanya maksima page 350 sahaja? kalau dah terlebih boleh hantar lagi ke? karya yang saya buat ni adalah betemakan percintaan, komedi, pencarian, . harap tka terlambat untuk bertanya. ty

 
At November 20, 2015 at 11:53 PM , Blogger Mohd Farhanudin / Paan said...

Salam,wahh.. macam seronok je. Kalau saya nak mencuba nasib hasilkn karya sendiri tertemakan fiksyen. Boleh? hee.

 
At November 22, 2015 at 11:55 PM , Blogger Famin said...

Assalamualaikum.
Saya budak sekolah menengah dan mahu bertanya. Genre apakah yang diperlukan untuk menghantar karya kepada pihak anda? Kerana saya ada menghasilkan satu cerita yang bukanlah bergenre cinta. Dan, boleh terangkan bagaiman nak hantar dalam bentuk manuskrip? Sebab saya kurang faham.

 
At November 22, 2015 at 11:57 PM , Blogger Famin said...

Assalamualaikum.
Saya budak sekolah menengah dan mahu bertanya. Genre apakah yang diperlukan untuk menghantar karya kepada pihak anda? Kerana saya ada menghasilkan satu cerita yang bukanlah bergenre cinta. Dan, boleh terangkan bagaiman nak hantar dalam bentuk manuskrip? Sebab saya kurang faham.

 
At November 22, 2015 at 11:57 PM , Blogger Famin said...

Assalamualaikum.
Saya budak sekolah menengah dan mahu bertanya. Genre apakah yang diperlukan untuk menghantar karya kepada pihak anda? Kerana saya ada menghasilkan satu cerita yang bukanlah bergenre cinta. Dan, boleh terangkan bagaiman nak hantar dalam bentuk manuskrip? Sebab saya kurang faham.

 
At May 27, 2016 at 5:18 PM , Anonymous Anonymous said...

saya nak Tanya kalau remaja 15 thn boleh ke tulis novel orang dewasa. saya hanya minta pendapat

 
At June 5, 2016 at 4:18 AM , Blogger NunHa said...

tidak ada had umur. janji tepati term.

 
At May 7, 2017 at 8:04 AM , Blogger Miss Bayang-bayang said...

Kalau karya yang jenis cerpen tak boleh ke? Memang kena yang macam novel ka kalau nak hantar yang ada 150 ke atas muka surat tu?

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home