Alaf 15 - Berfikir di luar kotak!

Bagi sebarang maklumat lanjut atau penghantaran manuskrip kepada Alaf 15, harap dapat hubungi haryani@alaf21.com.my.

Thursday, January 21, 2010

Kenali Alaf 15

Jeng! Jeng! Jeng!

Dengan segala hormatnya, memperkenalkan unit baru dibawah Alaf 21 yang memberi fokus kepada produk remaja dan dewasa muda, Alaf 15!

Buat pengetahuan korang, Alaf 15 mempunyai beberapa produk yang sangat sesuai dengan citarasa pembaca yang berumur 13 hingga 25 tahun. Dengan pakej yang lebih trendy, korang pasti akan tertarik dan tidak melepaskan peluang untuk memilikinya. Bagi yang mahu mencuba menjadi penulis, korang boleh jadikan informasi berikut sebagai rujukan! Jadi, jom kita kenali produk Alaf 15!

Produk-produk:

Remaja Perempuan.

Gemarkan cerita yang funky? Chicky? Ala-ala gedik dengan latar kisah zaman sekolah, jangan segan silu untuk membelek novel-novel ini.

Sasaran pembaca bagi produk ini adalah dari usia 13 hingga 17 tahun.

Produk ini menumpukan tema penceritaan berkenaan persahabatan, kekeluargaan, pengembaraan, fantasi, sains fiksyen, sukan, hobi, cinta monyet atau apa sahaja. Tetapi, cerita itu perlu mempunyai nilai-nilai moral dan tidak menyentuh sensitiviti kaum atau agama.

Genre cerita pula berbentuk humor, drama, thriller atau seram!

Remaja Lelaki.

Oh ya! Alaf 15 juga menerbitkan novel-novel remaja lelaki. Tetapi ianya tidaklah chicky dan gedik seperti novel pembaca perempuan. Tidak sesuailah pula kan...

Sasaran pembaca bagi produk ini juga dari usia 13 hingga 17 tahun.

Penceritaannya juga berkisar tentang persahabatan, kekeluargaan, pengembaraan, fantasi, sains fiksyen, sukan, hobi, cinta monyet atau apa sahaja, asalkan jalan ceritanya sesuai dengan selera pembaca remaja lelaki. Tetapi nilai-nilai moralnya jangan dilupakan, dan ianya juga tidak boleh menyentuh sensitiviti kaum dan agama. Jalan cerita yang sempoi, tidak poyo dan menyampaikan nasihat tetapi tidak dengan cara mengajar-ajar akan diberi keutamaan.

Genre ceritanya adalah humor, drama, thriller atau seram.

Chick Lit

Oleh kerana novel chick lit sedang mendapat tempat di pasaran. Kami juga tidak mahu ketinggalan menerbitkannya. Tetapi, ramai yang masih tertanya-tanya, apa itu chick lit?

Ok...ok, chick lit adalah singkatan bagi chick yang bermaksud wanita muda dan lit pula adalah singkatan bagi literature. Oleh kerana itulah, chick lit menyasarkan pembaca lingkungan 18 hingga 25 tahun dengan jalan cerita juga berkisar latar zaman universiti atau wanita berkerjaya.

Hanya wanita yang stylish, hip, funky, obses terhadap kerjaya dan penampilan diri serta pandai berdikari sebagai watak utama.

Kisah romantik boleh dijadikan pemanis cerita, tetapi dalam novel chick lit, paparan hubungan kekeluargaan dan persahabatan lebih penting daripada hubungan romantik.

Jalan ceritanya pula disampaikan dalam bentuk humor dan santai.

Jurnal Peribadi.

Jurnal Peribadi adalah sebuah produk yang masih segar di Malaysia, belum benar-benar popular. Walaubagaimanapun, di Indonesia, produk sebegini semakin mendapat tempat dihati pembaca.

Ianya adalah sebuah novel yang digambarkan seperti diari ataupun blog.

Jurnal peribadi ini adalah sebuah kisah berkisar kehidupan seseorang individu sahaja, seperti pengalaman yang dilaluinya setiap hari, orang-orang yang ditemui, peristiwa-peristiwa yang mengubah dirinya. Perlu ada nilai-nilai moral yang juga boleh memberi pengajaran kepada orang lain.

Disampaikan dalam bentuk humor dan santai.

Kepada yang berminat untuk menjadi penulis kami, harap dapat emelkan karya anda kepada haryani@alaf21.com.my.

Berikut adalah syarat-syarat penghantaran karya:

- Ditulis dalam A4, times new roman. Font 12 dan double spacing.
- Kepanjangan karya: 150 hingga 300 muka surat.
- Karya mestilah asli. Jangan ambil hasil karya orang lain dan mengaku karya sendiri pula, ini
salah besar tau!

Rebutlah peluang menjadi penulis kami!

32 Comments:

At January 22, 2010 at 4:04 PM , Blogger alifstyle said...

Saya nak join!

 
At January 24, 2010 at 6:58 AM , Anonymous neyjoehan said...

cara penghantaran manuskrip?

 
At January 24, 2010 at 5:36 PM , Blogger Haryani Kamilan said...

aliftyle:

- mahu join, emelkan karya kepada haryani@alaf21.com.my

neyjoehan:
- saya dah masukkan entri itu khas untuk awak :)

 
At January 24, 2010 at 6:02 PM , Blogger dingin said...

saya pun. yeah

 
At January 25, 2010 at 4:20 AM , Blogger syimasyawal said...

menarik tertarik da bom! tahniahlah membuka peluang macam ini

 
At January 25, 2010 at 8:30 AM , Blogger Fatiya said...

Untuk jurnal peribadi, boleh bagi contoh tajuk buku? Saya nak tahu macam mana konsepnya. Terima kasih.

 
At January 25, 2010 at 4:43 PM , Blogger Haryani Kamilan said...

- Bahruddin: awak jangan main-mainkan perasaan saya...saya mmg tunggu sangat manuskrip awak tu...

- Syimasyawal: terima kasih! sila jangan malu-malu hantar manuskrip tu.

Faratira: Jurnal Peribadi belum begitu meluas di Malaysia. Adapun cuma dibuat oleh penulis indie contoh blogger. Tapi di indonesia, buku yang popular adalah siri Kambing Jantan.

 
At January 25, 2010 at 8:43 PM , Blogger Iznie said...

oh...saya berminat...!
insyaallah..saya akan buat dalam masa terdekat...

tunggu karya saya ye...
:)

doakan saya... :)

 
At January 25, 2010 at 8:47 PM , Blogger Iznie said...

macam mana kalau tema dia cinta??
tak boleh ek??

sebab rasanya editor nak carik novel yang betemakan persahabatan, keluarga dll...kan?

 
At January 26, 2010 at 12:39 AM , Blogger Haryani Kamilan said...

salam iznie,

cerita cinta monyet boleh dimasukkan tetapi tidak boleh dijadikan tema utama. Lagipun target pembaca adalah pelajar sekolah, jadi tidak eloklah kalau diselitkan kisah cinta yang keterlaluan, seperti mengajar mereka bercinta pula.

 
At January 26, 2010 at 4:59 AM , Blogger Fatiya said...

Terima kasih atas makluman. Saya akan cuba cari. Kalau ada rezeki, saya ingin sekali mencuba.

 
At January 27, 2010 at 11:18 AM , Anonymous Anonymous said...

aku tak sangka dapat bukak blog ni..
ya Allah.. restui aku untuk aku tintakan penulisan aku untuk berkongsi dengan semua..
aku insan kerdil memohon restu yaAllah.

 
At January 29, 2010 at 7:00 AM , Blogger Iznie said...

terima kasih atas makluman puan editor... saya saje jer tanya... hehe

insyaallah, dalam proses mngarang idea... :)

 
At February 4, 2010 at 8:28 AM , Anonymous hud aikara said...

novel ni untuk pembaca muda so umur penulis mesti dalam lingkungan bawah 25 tahun juga ke?

 
At February 4, 2010 at 8:18 PM , Blogger Haryani Kamilan said...

Faratira: Ya, kami tunggu!

Anonymous: Amin!!!

Iznie: Ya teruskan usaha!

Hud: Tidak semestinya apabila buku itu target pembacanya bawah 25 tahun, penulisnya juga berumur 25 tahun ke bawah... tidak ada had umur untuk penulis ya...kalau penulisnya berumur 50 tahun tetapi karyanya berbaur remaja, kami tetap terima!

 
At February 12, 2010 at 7:10 AM , Blogger fzamazlan said...

Aye akan sahut cabaran ni, InsyaAllah.! sekarang sedang dalam proses menulis..:-)

 
At February 17, 2010 at 5:57 AM , Anonymous Anonymous said...

ermm... sy berminat nk anta... ade tarikh tamat x?

 
At February 27, 2010 at 11:21 PM , Anonymous claudia ashley said...

Saya dah buat cerita MEMORI TERINDAH KUALA SELANGOR.Ramai cikgu puji sye punye cite ni. Sekarang sye nak buat sambungan cite ni dgn tajuk SEINDAH KOTARAYA QUEBEC.. Tp umur sye baru 15,agknyer boleh ke??

 
At March 4, 2010 at 6:26 AM , Blogger HafizAdam said...

ada kategori Chick Lit yang disasarkan kepada gadis 18-25, tapi tiada Guy Lit? sekiranya menulis dalam kategori tersebut (sasaran lelaki 18-25 tahun), akan dimasukkan ke dalam kategori mana ya?

 
At March 14, 2010 at 11:50 PM , Blogger Haryani Kamilan said...

Hafiz ada- boleh saja jika mahu tulis. Hantar saja, kami tentu akan menilainya.

 
At March 30, 2010 at 1:40 AM , Anonymous kumako said...

tumpang tanya..kalau cerita fantasi boleh ke??cerita yang tidak wujud sama sekali boleh ke??

 
At March 30, 2010 at 8:44 PM , Blogger Haryani Kamilan said...

Kumako- Boleh....asalkan tidak terlalu mengarut ya...

 
At April 11, 2010 at 10:58 PM , Anonymous Anonymous said...

saya serius nak hantar karya saya ni.DBP penuh dengan birokrasi lar.bosan.


-Moriha

 
At April 13, 2010 at 2:50 AM , Blogger Haryani Kamilan said...

Anonymous: Hantar saja, kami tentu akan menilainya.

 
At May 4, 2010 at 5:12 AM , Anonymous ariana_alesya said...

saya memang minat menulis..tapi sy takut nak hantar walaupun kwn2 suruh hntr..takut jalan cerita tidak menarik perhatian..

 
At May 19, 2010 at 10:21 PM , Blogger Chie_DelutiOnZ said...

Sy mmg bmnat jd novelis.dah ada 3 buah nvel yg dh siap tp dtaip ngn typewriter.insyaAllah kalau ada masa,nk type n email pd alaf21..sy kagum sgt pd zaifuzaman n ramlee awg murshid! Sy gla ngn thriller n horror.. :-)

 
At February 5, 2011 at 12:51 AM , Blogger Nickha said...

haii .. salam =)
saya nick , 14 tahun !!
saya brminat gilerr arrhh dlm penulisan novel nieyh...
saya skang nieyh tgh buat novel ...
saya teringin nak jadi mcm novelis2 lain..
tp sy tak tau ar nak antar kat sape...
leyh tolong ?

 
At July 2, 2011 at 11:26 PM , Blogger Fikachan said...

salam..saya mahu tanya..
perlu ada margin left dan right tak guna ms word?

 
At July 7, 2011 at 3:37 AM , Blogger kusyi said...

wah! tertarik nih! alaf 15 membakar smgtku untuk menulis! saya ada dua genre cerita yang perlu disiapkan. yg remaja perempuan dan chick lit? hehe.. kalau ada silap dan salah, tolong betulkan manuskrip saya,ya! tq!

 
At August 2, 2011 at 11:20 AM , Blogger Nurul Madihah Aqila said...

Salam . Nak tanya boleh . First line (special paragraph ) nak kena letak ke ?

 
At March 12, 2012 at 1:32 PM , Anonymous Anonymous said...

memang hanya bahasa melayu saja ke? english?

 
At May 27, 2012 at 3:50 AM , Blogger Yellow Scarf said...

sekarang boleh hantar lagi ke?

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home