Alaf 15 - Berfikir di luar kotak!

Bagi sebarang maklumat lanjut atau penghantaran manuskrip kepada Alaf 15, harap dapat hubungi haryani@alaf21.com.my.

Tuesday, March 30, 2010

Hasil lumayan dengan menulis!

Salam,

Huhuuu! Lamanya tak menulis disini...Maklumlah, Pesta Buku Antarabangsa baru sahaja berakhir. Jadi masa untuk menulis disini amatlah terhad.

Oh ya, kami masih sentiasa menanti manuskrip dari anda semua ya! Banyak juga yang kami terima, tetapi maaf, ada yang terpaksa ditolak kerana belum sampai standard penerbitan Alaf 15. Bukan cerewet ya, tetapi kami memerlukan cerita yang bahasanya dijaga dengan baik dan jalan ceritanya juga perlu menarik. Sekiranya jalan ceritanya lain dari yang lain, kemungkinan untuk diterima sudah tentu lebih besar.

Percayalah, manuskrip yang baik dan diterbitkan dibawah label Alaf 15 bakal menikmati hasil yang lumayan. Ini kerana, Alaf 15 mencetak melebihi 5000 naskhah, dengan bayaran royalti 4 kali setahun (buat masa ini).Promosi yang meluas melalui majalah-majalah dan media cetak Karangkraf, juga dilakukan bagi membantu jualan. Jadi, itulah sebabnya kami hanya memilih yang terbaik.

Jangan putus asa. Anda mungkin salah seorang darinya. Hendak berjaya bukan mudah. Hendak jadi yang terbaik juga tidak mudah. Tetapi dengan usaha, rujukan daripada buku-buku lain bagi memperbaiki kualiti bahasa dan jalan cerita, anda mungkin salah seorang daripadanya.

Lihat sahaja kejayaan Alaf 21 yang berjaya mengangkat nama-nama besar seperti Sharifah Abu Salem, Ramlee Awang Murshid, Aisya Sofea dan ramai lagi. Tidakkah anda mahu menjadi mereka yang menikmati hasil royalti yang lumayan?

Kalau mahu, buatlah yang terbaik. Jangan hasilkan manuskrip dengan sambil lewa. Tidak jaga bahasa contohnya penggunaan kata 'jer', 'ker', 'semue', 'saye'. Perkataan sebegini tidak dibenarkan sama sekali digunakan. Harap anda ambil berat soal ini.

Anda pasti boleh melakukannya. Asalkan anda TIDAK PUTUS ASA. Kami menanti manuskrip yang terbaik dari anda!

21 Comments:

At March 31, 2010 at 6:43 AM , Anonymous beela said...

beela ingat nak menulis gak..tapi masih belajar lagi..tahun nie nak PMR..urmm..perkataan 'nie' boleh pakai ke??

 
At March 31, 2010 at 6:45 PM , Blogger Haryani Kamilan said...

Tidak boleh sama sekali Cik Bella...Kalau awak guna ejaan tu untuk jawab peperiksaan boleh digagalkan tu...

 
At March 31, 2010 at 10:52 PM , Anonymous Anonymous said...

sdg brusaha menyiapkn manuskrip y trbaik..arap impian utk mnjdi seorg penulis akn trcapai jua.. =)

 
At April 1, 2010 at 2:23 AM , Blogger Unknown said...

nak tanya, saya ada satu novel remaja yang sudah tamat namun semuanya sudah saya letakkan di blog saya. mungkin sudah tidak sesuai untuk diterbitkan tetapi saya berharap Alaf15 memberi respon kepada karya saya. cukup hanya dengan memberi komen atau pendapat.

www.coloursmelodyandharmonynovella.blogspot.com

Lovin' You ( complete )

 
At April 2, 2010 at 1:12 AM , Blogger .sukesuki. said...

walaupun dalam diolog. Sbb beela ade tgk gak kat novel2 alaf 21..diorg ade pakai perkataan 'nie' dalam percakapan.

 
At April 3, 2010 at 6:10 AM , Anonymous Anonymous said...

ADA TAK TARIKH TERTENTU(TARIKH AKHIR) UNTUK MENGHANTAR MANUSKRIP? SEBAB SAYA SEDANG BERUSAHA MENGHABISKAN MANUSKRIP SAYA, DAN INGIN MENGHASILKAN YANG TERBAIK.

 
At April 3, 2010 at 10:10 PM , Anonymous Cik Mastura said...

Salam, bolehkah di dalam penulisan novel saya mengunakan 'tak' untuk 'tidak', 'ni' untuk 'ini', dan 'kat' untuk 'kepada' atau perkataan yang selalu diringkaskan di dalam perbualan seharian.

 
At April 4, 2010 at 6:32 PM , Anonymous Anonymous said...

Guna la bahasa melayu yang betul kerana ia mempengaruhi pelajar sekolah dalam rujukan mereka. Bantulah mereka dan martabatkan bahasa kita.

 
At April 5, 2010 at 8:59 PM , Anonymous adi (android6059) said...

salam,
setelah menghantar kertas cadangan, baru saya terbaca blog anda mengenai penggunaan bahasa dan cara menghantar manuskrip pada pihak alaf 21,
harap haryani tak pening kepala baca kertas cadangan yang dihantar, kerana gaya bahasa dalam contoh manuskrip itu agak pening (mcm penulisan syok sendiri)
walaubagaimana pun cuba2lah nilaikan manuskrip saya tu, dengan berbekalkan panadol active fast nescaya kertas cadangan itu boleh habis dibaca.

 
At April 5, 2010 at 9:22 PM , Blogger Haryani Kamilan said...

Anonymous: Ya, siapkan dan hantar ya!
Hana Kimi: Ok, kami akan tengok2 blog tu ya!
Kumako: Hmm...Alaf 15 ni dibaca oleh pelajar sekolah, jadi, tak boleh la ya...
Anonymous: Tidak ada tarikh tutup ya...
Cik Mastura: yang lain boleh, kecuali kat. Penggunaan nak, tak ,ni , tu pun cuma dibenarkan didalam dialog.
Anonymous:betul. betul, betul.
Adi: saya akan baca ya.

 
At April 6, 2010 at 1:45 AM , Anonymous Anonymous said...

bole sy tau jmlah royaltinya?

 
At April 7, 2010 at 1:31 AM , Anonymous Anonymous said...

can search anything by myLOOK

http://mylook.com/join.php?x=48086

=)

 
At April 7, 2010 at 7:51 PM , Blogger Haryani Kamilan said...

Anonymous: Royalti ni agak confidential. Nak tau, boleh emel Puan Haryani personally.

 
At April 10, 2010 at 11:56 PM , Anonymous Anonymous said...

Sememangnya mencari yang terbaik itu bukannya mudah tetapi idea boleh dijana, kemahiran dapat dipelajari cuma kemahuan yang perlu dimotivasi. Keyakinan adalah kekuatan bagi sesuatu usaha dan kejayaan adalah kemanisan dari hasilnya.

 
At April 10, 2010 at 11:59 PM , Blogger Arin Zahari said...

Salam semua... saya nak buat random survey: Kalau saya tulis novel, dalam bahasa Inggeris, adakah sambutannya tinggi di kalangan pembaca di Malaysia ini?
Sebab sekarang, memang saya tengah menulis sebuah novel. Jika ada yang nak tahu serba sedikit, boleh la lawati http://dead-cat-for-zoey.blogspot.com. Thanks!

 
At April 11, 2010 at 12:04 AM , Anonymous Anonymous said...

Mungkinkah ada tip untuk memotivasikan diri selain dari minat semulajadi....? Atau mungkinkah ada sebarang rahsia sebagai penawar bagi penghasilan sesuatu karya agar mencapai noktah penutupannya bagi memastikan jalan yang dirintis tidak tersadung dipertengahan? Mungkin inilah permasalahan yang menghalang untuk menjadi yang terbaik.

jelentikpurba@yahoo.com.my

 
At April 16, 2010 at 2:35 AM , Anonymous Anonymous said...

bkenaan royalti, sy dah banyak kali email cik, tp tak reply pun?sori ea...:)mgkin bz, but sy nak tau dgn lg detail

 
At May 14, 2010 at 12:50 AM , Blogger Unknown said...

sy mmg bminat nak tulis novel,tp sy fikir klau manuskrip sy dah siap,pada siapa sy nak serahkan untuk diterbitkan.

 
At June 10, 2010 at 12:22 AM , Anonymous Anonymous said...

Hai. Nak tanya ni. Di atas sudah menyatakan tidak boleh memakai bahasa rojak. Macam mana dengan dialog ni?:

"Kenapa awak tak call saya?" << adakah ini yang dimaksudkan bahasa rojak?

 
At July 10, 2010 at 4:26 PM , Anonymous Anonymous said...

klau hndak mnghantar karya ke alaf 21 pula bgaimna?

 
At September 19, 2014 at 5:41 PM , Blogger Mr LoneWolf said...

kak , mcm mana saya nk contact akak utk tau detail lg ? saya nk mencuba nasib niey :) sbb saya minat menulis n baca novel .. saya mmg daa ade 1 novel dlm pendrive yg saya create sndiri .. tapi taktau nk publish kt mane ..

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home