Alaf 15 - Berfikir di luar kotak!

Bagi sebarang maklumat lanjut atau penghantaran manuskrip kepada Alaf 15, harap dapat hubungi haryani@alaf21.com.my.

Thursday, March 4, 2010

Tip Memerah Idea Daripada Alaf 15

Huhuuu...

Ramai bertanya bagaimana nak perah idea untuk menghasilkan karya-karya yang segar, kreatif dan berkualiti.

Oh, pada pendapat kami 'Untuk menjadi penulis yang baik, perlulah menjadi pembaca yang baik'. Perlu banyak kajian. Menjadi penulis bukan mudah dan bukan senang-senang karya anda akan dipilih. Ada ramai penulis-penulis baru bengang bila karya mereka ditolak. Bukan kami sengaja tolak, tapi kalau karya itu hanya biasa-biasa dengan bahasa yang lintang pukang, gunakan bahasa pasar, bahasa cakap-cakap pada naratif, macam mana kami nak terima. Kadang-kadang ideanya brilliant, tetapi bahasanya...aduhai...Cuba baca karya-karya hebat dipasaran, kebanyakan gaya bahasanya pasti teratur. Semua orang mampu menulis, tetapi tidak semua orang mampu menjadi penulis yang baik. Tetapi boleh belajar, bakat yang ada masih boleh digarap dengan banyakkan membaca.

Carilah tempat-tempat yang tenang, tetapi tidak perlulah ke tepi laut semata-mata mahu mencari ilham. Cukup dengan persekitaran yang tidak begitu bising atau tidak begitu serabut. Mungkin bilik anda boleh menjadi tempat yang paling selesa untuk anda, tetapi pastikan mejanya kemas. Biarkan alunan muzik-muzik lembut. Selesakan diri dengan tempat anda menulis, tidak kira dimanapun. Biasanya tempat-tempat tanpa gangguan mampu membantu menjana idea.

Berimaginasilah. Selalunya cerita fiksyen datang daripada imaginasi. Tetapi ada juga yang datang daripada pengalaman. Cerita daripada pengalaman sebenarnya lebih mudah ditulis, faktanya lebih tepat dan logik. Imaginasi akan membuat cerita itu lebih kreatif, dan imaginasi amat penting dalam penghasilan cerita-cerita fantasi, tetapi perlu dijaga juga tahap imaginasi anda, kerana imaginasi yang keterlaluan akan membuatkan cerita menjadi tidak logik.

Ok, kita jumpa lagi dengan tip-tip yang lain, chowwzzz!!!

6 Comments:

At March 6, 2010 at 7:11 AM , Anonymous Anonymous said...

saya sedang dalam proses menyiapkan satu jurnal peribadi. gaya penulisan saya lebih kurang andrea hirata dalam tetralogi laskar pelangi. adakala saya guna bahasa sastera yg penuh metafora, simile dll tapi adakalanya saya guna bahasa santai ala penulisan blog. sesuaikah karya saya dengan alaf 15 dan ada kemungkinankah untuk diterima?

 
At March 14, 2010 at 10:01 PM , Blogger Haryani Kamilan said...

boleh hantar saja, kami akan menilainya dan memberi komen.

 
At March 24, 2010 at 12:28 AM , Anonymous Anonymous said...

Saya sudah berumur 47 tahun ini.
Minat saya menulis cerpen kisah-kisah hidup saya sejak kecil hingga sekarang.
Entah kenapa, tapi ianya memberi hiburan dan dendangan pabila ianya dibaca kembali ketika saya kesunyian. Ianya belum pernah dipamerkan atau disiarkan dimana-mana media.
Apakah ianya kemungkinan sesuai untuk selera pembaca Alaf15?

 
At March 30, 2010 at 7:14 PM , Blogger Haryani Kamilan said...

Boleh hantar sahaja Encik. Sekiranya sesuai, sudah tentu kami akan menerbitkannya ya!

 
At December 14, 2010 at 4:12 AM , Blogger tieykah said...

saye nk buat satu cite ni..p xhbs2 sampai skrng..nnti la smbng lagi biar jd satu buku cite..

 
At July 28, 2011 at 3:23 PM , Anonymous Aliqa said...

Salam Alaf 15 . Boleh tak saya karang manuskrip tentang Islamik ? Sebab saya terfikir ke arah tu je . Tak ada idea nak fikir fasal imaginasi ni . Lebih tepat idea saya ni asalnya dari pengalaman saya . Itu aje .
Terima Kasih Alaf 15 .

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home