Alaf 15 - Berfikir di luar kotak!

Bagi sebarang maklumat lanjut atau penghantaran manuskrip kepada Alaf 15, harap dapat hubungi haryani@alaf21.com.my.

Sunday, February 21, 2010

Tidak Ada Tarikh Tutup.

Salam semua!

Wah! Lama rasanya tidak menulis di sini. Agak sibuk dengan kursus dan macam-macam hal sejak kebelakangan ini. Maaf ya.

OK. Kami menerima banyak soalan berkenaan tarikh tutup penghantaran manuskrip. Untuk pengetahuan,tidak ada tarikh tutup bagi penghantaran manuskrip kerana Alaf 15 bukan sebuah pertandingan. Jadi, kami menerima manuskrip pada bila-bila masa sahaja sama ada melalui pos atau emel (boleh rujuk post pertama).

Jadi jangan khuatir. Kami sentiasa menunggu manuskrip anda!

Thursday, February 4, 2010

Kami perlukan manuskrip remaja pop!

Hi korang!

Kita bertemu kembali! Maaflah kerana lama tak menulis di sini. Almaklumlah si editor ni sibuk...baru mendirikan rumah tangga, jadi cuti panjanglah... huhuuu...

Alhamdulillah, sejak Alaf 15 ni ditubuhkan banyak manuskrip yang kami terima, terima kasih kepada yang menghantar kepada kami.

Walaubagaimanapun, kami masih mencari lebih banyak lagi manuskrip-manuskrip remaja pop iaitu jalan cerita yang catchy, gila-gila yang tidak keterlaluan atau murahan, berlatarkan zaman sekolah tetapi masih menerapkan nilai-nilai moral.

Kalau korang ada manuskrip penuh berkonsepkan remaja pop, hantarkan kepada kami untuk dinilai. Kepanjangan manuskrip adalah minimum 150 m/s, maksimum 300 m/s.

Selamat memerah otak!