Alaf 15 - Berfikir di luar kotak!

Bagi sebarang maklumat lanjut atau penghantaran manuskrip kepada Alaf 15, harap dapat hubungi haryani@alaf21.com.my.

Thursday, February 4, 2010

Kami perlukan manuskrip remaja pop!

Hi korang!

Kita bertemu kembali! Maaflah kerana lama tak menulis di sini. Almaklumlah si editor ni sibuk...baru mendirikan rumah tangga, jadi cuti panjanglah... huhuuu...

Alhamdulillah, sejak Alaf 15 ni ditubuhkan banyak manuskrip yang kami terima, terima kasih kepada yang menghantar kepada kami.

Walaubagaimanapun, kami masih mencari lebih banyak lagi manuskrip-manuskrip remaja pop iaitu jalan cerita yang catchy, gila-gila yang tidak keterlaluan atau murahan, berlatarkan zaman sekolah tetapi masih menerapkan nilai-nilai moral.

Kalau korang ada manuskrip penuh berkonsepkan remaja pop, hantarkan kepada kami untuk dinilai. Kepanjangan manuskrip adalah minimum 150 m/s, maksimum 300 m/s.

Selamat memerah otak!

12 Comments:

At February 12, 2010 at 11:01 PM , Blogger Web Sutera said...

Assalamualaikum saudara yang budiman. Bahasa yang digunakan untuk tatapan remaja apa yang ingin Alaf terapkan?

"Korang" merupakan bahasa pasar yang tidak sepatutnya digunakan dalam penulisan. Inikah salah satu bentuk bahasa yang ingin diterapkan oleh Alaf21?

Jangan terikut-ikut gaya bahasa yang digunakan oleh Dr. Tuah yang tidak ada perasan itu.

 
At February 16, 2010 at 6:02 PM , Blogger raza said...

yang xda perasan @ perasaan..
jika dpinta remaja yang menulis sesuatu cerita,
bagi saya lg baik guna bahsa melayu baku@ sastera,
bahsa yang blh mmbntu mereka kelak,
klu guna bahsa psr, rosaklh pngunaan bhsa nnti..;)
sy peminat buku2 alaf21..
tp xpena baca buku Dr.Tuah..;)

 
At February 16, 2010 at 6:43 PM , Blogger Haryani Kamilan said...

Salam Web Sutera,

Terima kasih atas teguran.

Salam Miss Tating,

Kami tidak menggunakan bahasa pasar yang kedengaran menjengkelkan sehingga merosakkan bahasa melayu. Jangan khuatir...

 
At February 16, 2010 at 10:43 PM , Blogger Fazl said...

Tapi 'kau orang' diterima dalam kamus dewan.

 
At February 17, 2010 at 2:46 AM , Anonymous Web Sutera said...

Sahabat Miss Tating, ya betul, "perasaan" hihihi. Memang 'kau orang' atau 'engkau orang' boleh digunakan. Yang tidak boleh ialah 'korang'.

 
At March 11, 2010 at 2:49 AM , Anonymous Anonymous said...

saya berpendapat jika penulisan di dalam novel atau cerpen adalah dibenarkan dan 'diluluskan' secara 'sengaja' oleh pihak DBP Malaysia apabila tiba bab dialog semasa penceritaan. jadi rasanya tidak timbul isu 'korang' digunapakai di dalam baris dialog semasa penulisan kan? adakah alaf 15 begitu menitikberatkan penulisan dialog yang menggunakan bahasa melayu mengikut kamus dewan? lucu rasanya bila dialog yang terlalu terikat sebegitu rupa.

 
At March 14, 2010 at 10:04 PM , Blogger Haryani Kamilan said...

Alaf 15 masih gunakan unsur bahasa cakap-cakap pada dialog. Kami tidak terikat, tetapi kami masih menjaga bahasa agar tidak terlepas bahasa pasar.

 
At March 21, 2010 at 8:33 AM , Anonymous Anonymous said...

bahasa jiwa bangsa!!!!

 
At March 29, 2010 at 4:57 AM , Blogger Arin Zahari said...

Salam, saya nak tahu berapakah royalti diberi untuk setiap novel fiksyen yang diperoloehi oleh penulis. Thanks.

 
At March 30, 2010 at 7:37 PM , Blogger Haryani Kamilan said...

Salam,

Untuk pertanyaan royalti, harap dapat emelkan kepada saya kerana ianya confidential ya...

 
At April 3, 2010 at 6:23 AM , Anonymous Anonymous said...

GENRE REMAJA POP NI, BILA2 BLEH HANTAR, OR ADA TARIKH TUTUPNYA?

 
At June 7, 2010 at 5:29 PM , Blogger Nurliza Mohd Nasir said...

;)

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home