Tidak ada had umur.
Salam,
Nampaknya Alaf 15 sudah mula mendapat perhatian. Hampir setiap hari kami menerima manuskrip dan juga emel pertanyaan daripada mereka-mereka yang mahu menjadi penulis. Terima kasih daun keladi kami ucapkan. Jadi, kami minta maaf sangat-sangat kepada anda yang lewat menerima respon berkenaan status manuskrip daripada kami. Bukan sengaja tidak mahu beri respon, tetapi kami belum sempat bacapun lagi manuskrip anda tu. Dengan rasa rendah diri, kami memohon maaf dan kami pasti akan memberi maklumbalas apabila manuskrip itu selesai dinilai.
OK. Disini kami mahu membuat pemberitahuan yang tidak ada had umur bagi penghantaran manuskrip. Siapa sahaja boleh menghantarnya, tidak kira anda adalah pelajar sekolah mahupun sudah bersara. Asalkan cerita anda itu menepati citarasa kami, dan mempunyai kualiti jalan cerita serta bahasa yang baik, kami pasti akan menerbitkannya.
Di harap pemberitahuan ini dapat menjawab beberapa solan yang kami sering terima. Jadi, selamat menulis!
6 Comments:
http://pu3iman.blogspot.com/
saya menghantar link blog saya utk perhatian pihak alaf21. Mana tahu kalau2 bernasib baik, dpt teguran jika ada mana2 kekurangan melalui penulisan novel saya ni :)
terima kasih
beela hantar link ke blog beela..harap pihak alaf21 dapat bagi komen utk novel yang beela baru mula buat..
pu3man: Kami pasti akan jenguk blog anda.
Beela: baik!
Saya pelajar tingkatan 4. sy telah mula menulis novel sejak form 2 dulu, namun masih belum untuk siap sepenuhnya. harap2, sy masih dapat utk menghantar karya sy walaupun terlambat. :-)
Salam Cik Mastura,
Hantar jangan tak hantar!
saya siswazah dari universiti malaysia perlis (unimap)..sy memang minat menulis..dan sudah menghasilkan banyak cerpen dan novel serta sajak sejak dari zaman sekolah lagi..
persoalannya adakah sajak juga diterima??
atau hanya cerpen dan novel sahaja??
dan jika sudah menghantar karya saya melalui email, adakah perlu menghantar menggunakan khidmat pos juga??saya kurang jelas tentang hal tersebut..harap dapat memberi penjelasan kerana saya terlalu berminat untuk menjadi seorang penulis dan berkongsi karya saya.. kerana bagi saya siswazah mampu menulis dengan baik berdasarkan pengalaman dan pembacaan yang mendalam..
saya berbangga kerana alaf 15 mencipta blog ini...sy juga ade blog sendiri yang mempamerkan karya2 ciptaan saya tapi masih belum bersedia untuk di 'publishkan"...
harap pihak alaf15 dapat memberi penerangan yang lebih jelas..
terima kasih..
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home